Malaysia Dateline

Selepas “menutup pintu depan”, Pak Long Ismail makan “ayam goreng kunyit” pula

Selepas membuat satu posting kontroversi semalam, hari ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat satu lagi posting menarik, “makan nasi favorite ayam goreng kunyit” pula.

Ismail dalam satu posting hari ini berkata, beliau dapat merasa nasi kegemaran beliau yang dibelinya di gerai tepi jalan dalam perjalanan beliau ke pejabat itu.

“Merasa juga Pak Long harini makan nasi favourite ayam goreng kunyit.

“Tadi dalam perjalanan ternampak gerai jual nasi. Pak long minta team berhenti dan rezeki dapat nasi favourite. Murah dan sedap sangat,” kata Ismail.

Menurut Ismail, beliau juga sempat belanja “akak berbaju kurung merah” yang juga datang untuk membeli ayam goreng kunyit itu.

“Sempat Pak Long berbual dengar pendapat mereka. Tiba tiba ada pula akak berbaju kurung merah nak beli. Jadi Pak Long belanja semua dan dia sekali.

“Akak tu macam tahu-tahu je Pak Long datang,” tulis Ismail yang ditutup dengan #paklongGurau.

Posting beliau tentang “menutup pintu depan tapi….” semalam telah ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran apatah lagi dengan “ayam goreng kunyit” hari ini.