Malaysia Dateline

Selepas motosikal, Tony Fernandes kayuh basikal hantar makanan

Selepas membuat penghantaran melalui motor, kini Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes mengayuh basikal pula menghantar makanan yang dipesan pelanggannya melalui syarikat penghantaran makanan beliau, Airasia Food.

Semalam, Tony menghantar makanan yang dipesan pelanggannya sekitar Bangsar, Kuala Lumpur dengan menggalas bag berwarna merah berlogo ‘a’ dan ‘eat me’ iaitu logo untuk Airasiafood.

Kehadiran beliau yang mengayuh basikal itu disambut oleh pelanggan beliau sambil mereka berebut-rebut mengambil gambar dengan bos Air Asia itu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, itu berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasiafood.

Melalui hantaran Instagram miliknya, Tony berkongsi gambar berdiri sambil memegang topi keledar di sisi sebuah motosikal yang dilengkapi beg mengisi makanan berwarna merah tertera huruf ‘a’ yang merujuk kepada airasiafood.