Malaysia Dateline

Selepas Muhyiddin, anak Presiden Umno pula diserang shopping dengan pasangan

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin diserang beramai-ramai kerana keluar membeli belah dengan isterinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid pula diserang.

Nurul membuat naik sekeping gambar bersama suaminya ketika sedang membeli belah di sebuah pusat membeli belah.

Groceries shopping for Ramadan stock up (Membeli belah barangan makanan untuk persiapan Ramadan),” tulis Nurul melalui akaun instagramnya sambil memaparkan gambar bersama suaminya yang memegang troli membeli belah.

Namun selepas diserang beramai-ramai, Nurul membuat turun posting itu.

Sebelum ini, gambar Muhyiddin membeli belah bersama isterinya telah didedahkan oleh Tamrin Ghafar menyebabkan beliau diserang oleh pelbagai pihak kerana melanggar PKP yang dikuatkuasakan oleh beliau kepada rakyat negara ini.

Menurut peraturan PKP itu, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan pergi membeli belah bagi mengurangkan bilangan orang di pusat-pusat membeli belah.

Sebelum ini, Nurul juga dikecam kerana keluar bersama suaminya berjumpa dengan Menteri Agama dan selepas itu berjumpa pula Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

Menjawab tuduhan melanggar PKP ketika berjumpa dengan mereka, Nurul mencabar pengkritiknya agar membuat laporan polis.

“Semua ini boleh dibuat melalui video call (panggilan video),” tulis pengkritik beliau.

Beliau menjawab kritikan itu dengan menulis, “Reportlah polis tak payah komen sini. Saya sedia bagi keterangan bagi saya. Saya cabar.”

Berita ini mendapat ratusan komen pembaca yang mengingatkan Umno agar tidak jatuh buat kali keduanya kerana karenah anak bini.

“Umno kena sedar. Jangan bagi anak bini sedara mara kroni naik junjung sangat. Terguling kali kedua memang bungkus selamanya,” tulis netizen yang bernama Tenggara Budi.

Namun netizen lain mengingatkan beliau, apa yang dibuat oleh Umno tidak menjadi kesalahan.

“Curi, merompak, membunuh, mengkhianati rakyat pun tak apa,” tulis CL Pang dalam komennya.

Tindakan Nurul itu telah menyebabkan nama bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid juga diserang.

“Kroni, bapak borek anak rintik,” tulis Mohd Salman.