Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Selepas pelaksanaan SHMMP tiada aduan kenaikan harga barang, kata Saifuddin

Selepas pelaksanaan SHMMP tiada aduan kenaikan harga barang, kata Saifuddin

BernamaJune 1, 2019 6:58 am




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati tiada kenaikan harga terhadap 27 barangan kawalan dalam tempoh 10 hari selepas pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada 21 Mei lepas.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 18,000 premis perniagaan telah diperiksa sepanjang tempoh 10 hari skim kawalan harga itu dilaksanakan dan mendapati semua peniaga berjaya mematuhi harga siling yang ditetapkan.

“Setakat kita mulakan pada 21 Mei lalu dan akan tamat pada 19 Jun ini, daripada 18,000 premis perniagaan yang telah dilawati penguatkuasa kita tidak ada menerima aduan tentang harga melepasi siling.

Hanya ada aduan tentang tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, tapi itu pun jumlahnya sangat kecil iaitu 52 sahaja daripada 18,000 premis yang kita lawati seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Beli Belah Raya Tesco di sini hari ini.

Beliau berkata kepatuhan peniaga terhadap pelaksanaan skim kawalan harga itu sangat tinggi malah mampu menjual barangan keperluan pada paras harga siling dengan begitu rendah kerana jaminan bekalan yang mencukupi.

“Saya telah berkesempatan melawat lima premis sehingga hari ini, saya mendapati corak yang wujud ialah pasar raya mampu menjual barangan jauh lebih rendah daripada paras harga siling ditetapkan contohnya bawang besar mereka menjual dengan harga 99 sen tapi harga siling RM3 sekilogram, malah kualiti pun sangat baik,” katanya.

Saifuddin Nasution juga turut menasihatkan pengguna supaya bijak berbelanja dengan melakukan perbandingan harga sebelum membeli barangan keperluan bagi menjimatkan kos perbelanjaan.

Sementara itu, Saifuddin Nasution yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu serta isterinya Datin Seri Norhayati Musa turut berkesempatan menyampaikan sumbangan makanan keperluan harian kepada 100 keluarga miskin, membeli kelengkapan raya bersama 100 kanak-kanak dan mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung di sini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production