Selepas pelanggan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kenapa ada mata kail di dalam kari kepala ikan, tauke restoran tidak mengaku itu kesalahan mereka sebaliknya pembekal ikan akhirnya memberi diskaun 60 sen kepada pelanggan terbabit.
Tauke restoran berkata itu bukan masalah mereka dan ia adalah kesalahan pembekal namun sebelum itu pelayan mengakui itu merupakan masalah di dapur yang cuai tidak membersihkan dan membuang mata kail tersebut.
Terdahulu, Seorang wanita berkongsi detik mengerikan bapanya menjumpai mata kail dalam hidangan itu dalam catatan Facebook pada 22 Jun, yang telah menjadi tular.
Menurut catatan itu, dia pergi ke restoran itu bersama suaminya, anak-anak mereka, serta keluarga suaminya kemudia memesan seperiuk besar kari kepala ikan.
Semasa mereka sedang makan, bapanya tiba-tiba ternampak mata kail ketika dia mengoyakkan daging ikan.
“Boleh percaya ke? Nasib baik ayah tak masukkan kesemuanya ke dalam mulut, dia gunakan sudu untuk mengoyak ikan itu dahulu sebelum dia melihatnya.
“Tetapi bagaimana jika ia adalah orang lain? Seorang kanak-kanak kecil? Bukankah mereka akan memasukkan seluruh cangkuk ke dalam mulut mereka?”kata wanita terbabit.
Apabila dia memanggil pelayan untuk mengadu, pelayan terus meminta maaf dan ia adalah berpunca daripada masalah di dapur kerana cuai dan tidak nampak mata kail.
Bukan sahaja respon pelayan itu menimbulkan kemarahan, balasan pemilik restoran itu lebih mengejutkan.
“Ini bukan masalah kami. Ini masalah pembekal,” katanya tauke restoran.
“Bukankah dapur awak potong (sediakan) kepala ikan? Pelayan awak kata itu masalah dapur, sekarang awak kata itu masalah pembekal? Saya kesian sangat dengan pembekal awak; mereka hanya duduk di rumah, bukan? masalahnya datang dari restoran awak?” katanya dipetik Says.com
Akhirnya, selepas lebih banyak aduan daripada pelanggan, pengurus restoran tersebut memohon maaf dan tampil memberikan diskaun sebanyak…60 sen kepada keluarga.
Baca juga: Jalan sampai jadi sesak, konvoi VIP kena hon dengan geng motosikal
Baca juga: Mayat lelaki warga emas ditemui tergantung dalam perigi