Malaysia Dateline

Selepas pelantikan TPM, adakah Azmin akan buka pintu belakang lagi?

Azmin Ali yang bertanggungjawab membuka pintu belakang Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga berlakunya langkah Sheraton menyebabkan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi mempersoalkan apakah Azmin akan membuka pintu belakang lagi dan menganggap pintu belakang yang mana lagi yang boleh beliau buka.

Puad tidak menolak perkara itu kerana Azmin kaya dengan taktikal kuasa tawar-menawar yang menyebabkan beliau selamat dalam PKR, kemudian PH dan sekarang dalam PN.

“Apakah Azmin akan buka pintu belakang lagi? Dia bertanggung jawab buka pintu belakang Tun M sehingga berlakunya langkah Sheraton yang jatuhkan Kerajaan PH.

“Agaknya apa lagi pintu belakang yang dia boleh buka sekarang? Azmin kaya dengan taktikal “bargaining power”. Sebab itu dia survive dalam PKR, PH dan PN.

“Semua tahu, dia ada Penggerak Komuniti Negara (PKN). Ia NGO yang boleh bila-bila masa jadi parti politik. Tapi mampukah Azmin?” soal beliau.

Masalah Azmin paling besar katanya ialah mencari kerusi selamat untuknya menang pada PRU ke -15 yang menjadi masalah pendokong “kluster Azmin” yang lain.

“Sekarang pintu belakang terbuka luas. Umno sudah tarik sokongan. Peluang untuk Azmin. Jangan langkah Sheraton ke langkah salah,” katanya.

Beliau turut mengingati Azmin agar jangan hipokrit apabila Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Azmin jangan hipokrit. Dia mesti marah, down, kecewa, tidak tidur malam dan berbagai-bagai lagi,” katanya menerusi Facebook.

Sekarang katanya, Azmin rasa tidak dihargai kerana dia adalah Menteri Kanan paling kanan yang sewajarnya dilantik menjadi TPM.

“Dia claim jasanya cukup besar mengangkat Muhyiddin jadi PM 8,” kata beliau.

Sebaik sahaja Mahiaddin Md Yassin mengumumkan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azmin Ali dikatakan ‘membawa diri’ ke luar negara.

Azmin ke Austria bagi menarik minat pelabur untuk meneroka pertumbuhan bidang perdagangan dan pelaburan dua hala dengan negara berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dikecam rakyat negara ini di laman media sosial Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.