Malaysia Dateline

Selepas PM arah pulang, Faizal kata hati tak tenteram terus balik

Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan menteri yang sedang bercuti di luar negara segera pulang, Datuk Ahmad Faizal Azumu terus membeli tiket penerbangan untuk pulang ke tanah air.

Bagaimanapun Faizal memberitahu hatinya menjadi tidak tenteram melihat keadaan banjir teruk yang berlaku di negara.

Faizal yang didakwa ‘hilang’ ketika banjir melanda memberitahu beliau berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), selama 12 jam kerana pada mulanya ke sana untuk bertemu anak-anak yang berada di United Kingdom (UK).

Katanya, pertemuan dibuat di Dubai kerana terdapat kes Omicron yang tinggi di UK.

“Memang saya ada mohon cuti dan bila diluluskan, saya ke Dubai pada hari Rabu lalu untuk bertemu anak-anak.

Namun begitu, melihatkan kepada keadaan banjir yang melanda negara, hati saya jadi tak tenteram.

“Jadi, saya buat keputusan untuk beli tiket pulang hanya selepas kira-kira 12 jam berada di sana.

“Saya sempat duduk berbual seketika dengan anak-anak sebelum berlepas pulang pada pukul 8 pagi Khamis, sebelum arahan pulang dibuat perdana menteri,” katanya kepada UtusanTV.

Anggota parlimen Tambun, Perak itu kini menjalani kuarantin kendiri di ibu negara.