Malaysia Dateline

Selepas Rafizi isytihar harta, KJ pula gesa isytihar harta sebaik dilantik jadi menteri

Semalam calon Parlimen Pandan Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan harta sebagai syarat PKR, hari ini pula calon BN Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin menggesa berbuat seperti itu sebaik lantikan ke jemaah menteri.

Ini kerana menurut Khairy pengisytiharan harta kebiasaannya hanya dibuat selepas lantikan jemaah menteri.

“Bagi pengisytiharan harta, kita buat semasa lantikan ke jemaah menteri dan saya pun dah isytihar harta kepada SPRM, (malah) perkara itu juga telah dipaparkan di dalam website (laman sesawang) SPRM sewaktu saya dilantik menjadi menteri Mosti,” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, beliau sebelum ini pernah mengisytiharkan harta sewaktu menjawat jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

“Bagi pengisytiharan harta, kita buat semasa lantikan ke jemaah menteri dan saya pun dah isytihar harta kepada SPRM, (malah) perkara itu juga telah dipaparkan di dalam website (laman sesawang) SPRM sewaktu saya dilantik menjadi menteri Mosti,” katanya.

Semalam, calon Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta, susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum pada 19 November ini untuk berbuat demikian.