Malaysia Dateline

Selepas sebulan dibenar makan di restoran, Perlis catat kes Covid-19 tiga angka

Buat pertama kali, Perlis hari ini mencatatkan pertambahan jangkitan harian Covid-19 sebanyak tiga angka iaitu 108 kes.

Bermula 4 Ogos lalu, negeri dengan populasi penduduknya seramai 254,400 itu memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan antara lain membolehkan orang ramai makan di restoran.

Angka jangkitan baharu membimbangkan di Perlis itu antara 19,307 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Rentetan itu, jumlah kumulatif pandemik membawa maut tersebut kini meningkat kepada 1,919,774 kes.

Dijangka dalam tempoh kurang seminggu, jumlah terkumpul kes Covid-19 bakal melepasi dua juta kes.

Ketika kes harian di Lembah Klang menunjukkan pola penurunan, Sarawak buat hari keempat berturut-turut terus mencatatkan kes harian melebihi 3,000 kes dengan 3,118 kes hari ini.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Sarawak – 3,118 (144,030)
Selangor – 2,700 (633,275)
Sabah – 2,298 (167,737)
Pulau Pinang – 2,243 (103,149)
Johor – 2,032 (157,532)
Kelantan – 1,438 (89,725)
Kedah – 1,355 (113,473)
Perak – 1,341 (78,817)
Terengganu – 910 (40,142)
Pahang – 661 (49,468)
WPKL – 513 (178,670)
Melaka – 340 (51,928)
Negeri Sembilan – 207 (93,734)
Perlis – 108 (2,574)
WP Putrajaya – 28 (5,655)
WP Labuan – 15 (9,865)