Malaysia Dateline

Selepas Shafee tidak dapat kemuka hujah, peguam Firoz pula muncul bantu Hisham tetapi ditolak

Selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat kemukakan hujah dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pula muncul.

Beliau difahamkan hadir dalam prosiding hari ini bagi membantu peguam utama Najib Hisyam Teh Poh Teik.

Firoz muncul dengan tiba-tiba muncul selepas beredar dari galeri awam memasuki ruang mahkamah dan duduk di belakang Hisyam.

Ketika prosiding di hadapan lima panel dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Firoz memaklumkan bahawa, Muhammad Shafee tidak dapat mengemukakan hujahan pada Selasa.

“Saya diminta hadir untuk membantu Hisyam berhujah dan memohon supaya prosiding ditangguhkan selepas rehat tengah hari ini,” katanya.

“Saya diminta hadir untuk membantu Hisyam berhujah dan memohon supaya prosiding ditangguhkan selepas rehat tengah hari ini,” katanya.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram bangun membantah.

Menurutnya, semakin lama semakin ramai yang masuk ke mahkamah dalam prosiding ini.

Tengku Maimun kemudian menolak permohonan Firoz dan menyatakan mahkamah akan membuat keputusan selepas mahkamah rehat tengah hari.

Menurut beliau, Hisyam sudah mengemukakan hujahan lengkap dan menyeluruh maka mahkamah berpendapat bahawa hujahan lanjut tidak diperlukan, dipetik Sinar Harian.

Baca juga: Najib serah nasibnya pada Allah, kongsi maksud surah Surah Al-Imran

Baca juga: Tak cukup mansuh seksyen 377A, Singapura bakal mansuhkan larangan perkahwinan sesama jenis