Malaysia Dateline

Selepas ‘tebuk atap’, Abdul Hadi sembang ‘Islam dan Demokrasi’

Selepas hampir setahun Pas bersekongkol dalam pembentukan kerajaan pintu belakang atau tebuk atap, presiden parti itu tampil dengan buku baharu bertajuk ‘Islam dan Demokrasi’.

Sedang dilancarkan malam ini sehingga 12 tengah malam menerusi Facebook Ahli Parlimen Marang itu dan Pustaka Permata Ummah, buku itu dijual pada harga RM48 bagi pembeli terawal.

Harga senaskhah buku dengan kulit keras itu adalah RM60 yang mengandungi 408 muka surat berserta 25 bab, infografik dan nota kaki.

“Harga pelancaran ini hanya terhad untuk 4 jam terawal sahaja,” dipetik daripada hebahan tersebut.

Setakat jam 9.50 malam tadi, siaran langsung pelancaran buku karya Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri itu hanya meraih 69 tontonan sahaja.