Malaysia Dateline

Selepas terima dividen KWSP, pencarum masih berharap dapat keluar RM10,000

Ramai pencarum masih berharap adanya pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off’ selepas menerima dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Amaun dividen itu telah mula dikreditkan ke dalam akaun pencarum mulai semalam, lapor Kosmo! Online.

Rata-rata pencarum meluahkan perasaan gembira serta bersyukur oleh peningkatan dividen yang diterima.

Bagaimanapun, ramai di antara mereka juga yang masih mengharapkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off’.

Hal itu dibangkitkan apabila ramai dipercayai masih terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bencana yang menimpa sebahagian rakyat baru-baru ini.

“Alhamdulillah, dividen dah masuk, bagaimana pula dengan RM10,000 ‘one-off’? Luluskanlah permintaan rakyat yang terdesak ini,” luah Selmah Saidin.

“Dividen aku RM10,000, kalau tuntutan i-Ceria dibenarkan masih tidak mengganggu simpanan sedia ada,” kata Alang Terawis.

Selepas terima dividen KWSP, pencarum masih berharap dapat keluar RM10,000
Ramai dipercayai masih terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bencana yang menimpa sebahagian rakyat baru-baru ini.

Selain itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Apex Myra turut merayu agar kerajaan mempertimbangkan pengeluran terbabit.

“Dividen dapat tinggi Alhamdulillah. Tunaikanlah permintaan terakhir rakyat. Kami amat memerlukannya, dengarlah dan luluskan permintaan rakyat,” katanya.