Ujian saringan besar-besaran di Phuket akan ditingkatkan minggu ini dalam usaha pihak berkuasa kesihatan Thailand untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 yang melonjak.
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Yongyos Thammawut berkata kementerian akan menghantar sembilan pasukan Tindak Balas Komprehensif Covid-19 (CCR) untuk melakukan pengesanan kes aktif sepanjang tiga hari, mulai Selasa.
“Pasukan ini akan menjalankan ujian terhadap 25,000 orang yang tinggal di pulau itu.
“Pesakit Covid-19 tanpa gejala akan menjalani kuarantin di rumah sementara pesakit bergejala akan dirawat di hospital,” lapor Bernama.
Phuket dengan pelancong antarabangsa terbesar ke pulau peranginan itu adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Israel telah mencatatkan lebih 200 kes Covid-19 sehari selama lebih seminggu.
Sejak 1 Julai lalu, Thailand melancarkan “Phuket Sandbox” dengan pelancong antarabangsa yang lengkap divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tertakluk kepada beberapa syarat termasuk tidak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari.
Sejak membuka pintu kepada pengunjung dan pada 19 September, pulau ini menyambut sejumlah 34,707 pelancong dengan 528,365 tempahan bilik sejak Julai.
Data menunjukkan sejumlah 98 orang yang mengikuti inisiatif itu telah disahkan positif.