Selepas tiga hari keracunan makanan, Dr. Siti Hasmah dibenar keluar hospital

Selepas tiga hari keracunan makanan, Dr. Siti Hasmah dibenar keluar hospital

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini dibenarkan keluar hospital pada pukul 2 petang tadi.

Beliau sejak Isnin lalu menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Kuala Lumpur ekoran keracunan makanan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Siti Hasmah sudah discaj dari PCMC hari ini, pukul 2 petang,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, isterinya sudah pulih daripada keracunan makanan yang ringan tetapi belum dibenarkan keluar dari hospital.

Dr. Mahathir yang mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam berkata, sejurus tiba di tanah air, beliau akan terus melawat Siti Hasmah.

Siti Hasmah, 93, sepatutnya menemani Dr. Mahathir untuk lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam dan mempunyai program termasuk melawat Akademi Muzik Kebangsaan Vietnam.