Malaysia Dateline

Selepas ‘tornado’ di Ipoh, ribut melanda Shah Alam pula malam tadi

Selepas ‘Tornado’ menyerang Ipoh, ribut kuat melanda Shah Alam pula malam tadi menyebabkan beberapa buah rumah dan gerai di Seksyen 18, Shah Alam rosak teruk.

Antara yang rosak teruk adalah khemah yang melindungi Gerai Haji Dol berhampiran Masjid Al Hidayah rosak teruk.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang terus menziarahi kawasan bencana itu malam tadi berjanji akan membiayai kos khemah yang rosak akibat ribut itu.

Khalid ke sana sebaik sahaja selesai program live bersama beliau di studio Jom Channel, Shah Alam.

“Insya Allah pihak Parlimen akan membiayai kos khemah yang rosak akibat ribut untuk pastikan peniaga boleh mula berniaga semula secepat mungkin,” kata Khalid.

Minggu lalu, ribut juga melanda Shah Alam menyebabkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Kawasan yang rosak adalah bumbung tempat parkir kenderaan di politeknik itu.

Penduduk Shah Alam masih trauma dengan banjir besar yang melanda kawasan mereka 18 Disember lalu sehingga mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.