Selepas Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan kawasan Istana Negara, Presiden MCA, Wee Ka Siong pula menjadi pemimpin politik kedua hari ini yang tiba bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Ibrahim meninggalkan istana pada jam 11.35 selepas sejam sesi sembah menghadap.
Tidak lama kemudian, ia disusuli Wee pada jam 11.54 pagi melalui pintu 2 istana.