Malaysia Dateline

Selepas tujuh tahun, baru sekarang buat pengakuan diliwat pemimpin politik

Seorang lelaki dalam akuan berkanun (SD) menuduh seorang pemimpin politik pembangkang melakukan liwat pada 2013.

Menurut SD bertarikh 29 Jun lalu, lelaki itu mendakwa dia melakukan hubungan seks dengan ahli politik tersebut sebanyak empat kali pada tahun itu di hotel yang berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Setiap kali selepas melakukan hubungan seks dengan ahli politik tersebut, dakwanya, dia akan diberi wang tunai RM300.

Atas permintaan ahli politik berkenaan, dia juga, katanya, telah memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik terkemuka itu.

Dia mendakwa kawannya turut diliwat oleh pemimpin politik itu dan diberikan wang dalam jumlah yang sama.

Individu yang membuat SD itu juga membuat laporan polis, 16 Ogos lalu selepas dokumen tersebut disiarkan di blog Malaysia Today.

Pengadu juga dilaporkan sangat tertekan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayag Wilayah Persekutuan Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami telah menerima laporan dan siasatan sedang dilakukan. Penyiasatan kami akan merangkumi setiap aspek,” dipetik Malaysiakini.