Malaysia Dateline

Selepas tulang belakang patah main gelongsor air, wanita tuntut RM2.7 juta dari taman tema

Gara-gara patah tulang belakang selepas menggunakan gelongsor, seorang pelancong Britain menuntut pampasan bernilai 500,000 pound Sterling (RM2,763,394) terhadap taman tema di Sepanyol.

Jennifer Proctor, 27, cedera teruk ketika menuruni gelongsor air Banzai sepanjang 12 meter di taman tema air Aqualand di Mallorca pada 2019.

Dia menjalani prosedur pembedahan kecemasan mencantumkan tulang belakang bagi merawat kecederaan yang dialaminya.

Selepas tulang belakang patah main gelongsor air, wanita tuntut RM2.7 juta dari taman tema
Jennifer Proctor

Katanya, selepas pembedahan itu dia mengalami jangkitan beberapa bulan serta ketinggiannya j berkurangan 10.16 sentimeter selain menyebabkannya tidak dapat meneruskan impiannya bergelar pendidik.

Menurutnya, dia tercampak dari papan permukaan sebelum terkena air kerana tidak diberi arahan jelas dan tepat sebelum menggunakan gelongsor itu.

Kini, wanita dari Leighton Buzzard, Bedfordshire itu tidak bekerja dan membuat tuntutan ganti rugi terhadap pengendali taman hiburan Sepanyol, Aspro Ocio SA serta firma penanggung insurans Sepanyol, Liberty Seguros atas dakwaan terdapat kesalahan dalam pengurusan gelongsor itu.

Wakil peguamnya, Katherine Deal QC memberitahu Mahkamah Tinggi di London, seseorang tidak akan menjangka menggunakan gelongsor air ini hingga melepaskannya dengan punggung yang patah.

Kes itu sampai ke Mahkamah Tinggi ketika peguam membincangkan isu praperbicaraan membabitkan analisis undang-undang Sepanyol dan bukti pakar tentang penggunaan gelongsor air.

Perbicaraan dijangka dijalankan selaras dengan undang-undang Sepanyol.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/wanita-kongsi-pengalaman-bertarung-nyawa-60-hari-selepas-lebih-800-kali-digigit-anjing-ganas/

Baca juga: https://themalaysialife.com/kenali-pelakon-baru-siti-hariesa-dalam-babak-panas-dengan-zul-ariffin/