Selepas tular diserang, kini tular sokongan kepada Khalid pula
Ini berita kenyataan Wan Ji sebelum Khalid memberikan penjelasan. "Tahniah YB Khalid Samad kerana berjiwa besar," tulis Wan Ji Wan Hussin dalam facebook beliau selepas penjelasan dibuat oleh Khalid mengenainya.

Selepas tular diserang, kini tular sokongan kepada Khalid pula

Selepas diserang dari kiri dan kanan semalam, sikap dan penjelasan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad mengenai ketidak mampuan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto kini tular pula sokongan kepada beliau.

“Tahniah YB Khalid Samad kerana berjiwa besar,” tulis Wan Ji Wan Hussin dalam facebook beliau selepas penjelasan dibuat oleh Khalid mengenainya.

Padahal sebelum penjelasan itu, Wan Ji adalah penyerang utama Khalid selepas tular berita ucapan beliau di Konvensyen AMANAH ke 3 di Ipoh semalam.

Wan Ji menyifatkan Khalid biadab apabila menggunakan Nabi untuk menghalalkan kelemahan PH.

Wan Ji mengingatkan Khalid agar tidak memanipulasikan agama ang menurutnya menjadi amalan parti lama Khalid iaitu Pas.

“Kesilapan itu biasa bagi anak Adam. Mengakui kesilapan dan memperbaikinya itu pula yang menjadikan seseorang itu mulia di sisi Tuhannya,” kata Rozaimi.

Dr Rozaimi Ramle, seorang pakar hadis di negara ini juga menyifatkan kesediaan Khalid untuk menerima teguran dan mengakui kesilapan memilih perkataan yang sesuai juga mendapat pujian beliau.

“Kesilapan itu biasa bagi anak Adam. Mengakui kesilapan dan memperbaikinya itu pula yang menjadikan seseorang itu mulia di sisi Tuhannya,” kata Rozaimi.

Bagi bekas calon AMANAH dalam pilihan raya kecil Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur, beliau mengakui berbeza dengan Khalid apabila membuat kesilapan.

“Kalau saya tersilap, orang tegiur, saya diam terus. Silap haribulan, saya hentam balik orang yang tegur tu,” tulis Azhar di samping menyiarkan penjelasan Khalid mengenainya.

Khalid diserang teruk ekoran ucapan beliau di Kongres AMANAH itu terutama melalui media sosial facebook dan whatsapp.

Apabila Khalid membuat penjelasan itu, mereka membandingkan pula kesilapan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata “menyertai perhimpunan menentang ICERD sebelum ini adalah fardhu ain”.

“Khalid dah bagi penjelasan, Presiden Pas bila lagi,” kata seorang pengguna facebook dalam komennya.