Malaysia Dateline

Selepas tular isu nasi beriani mahal, roti john hangus pula buat netizen tambah bengang

Selepas tular isu nasi beriani mahal, roti John hangus pula buat netizen tambah bengang

Walaupun sudah lebih seminggu berpuasa dengan bermacam-macam aduan dibuat tentang makanan di bazar-bazar Ramadan, masih ada lagi peniaga yang dilihat tidak jujur ketika berniaga.

Bukan sahaja tidak jujur, bahkan tidak menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.

Baru-baru ini tular di Facebook tentang roti john hangus yang dibeli seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, di sebuah bazar Ramadan.

Dia mendakwa membeli roti john yang sudah siap dibungkus, namun terkejut apabila melihat roti john tersebut hangit dan hitam.

Bachik berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus.

“Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah siap dibungkus,” katanya sambil berkongsikan gambar berkenaan.

Gambar itu tersebar di media-media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan peniaga yang hanya memikirkan keuntungan.

Ada juga yang menyarankan pemuda berkenaan pulangkan semula roti john tersebut kepada peniaga terbabit.

Peniaga jual roti john hangus buat netizen bengang

Untung seciput hari ini, rugi kemudian hari

Baca juga: Mahasiswa perlu tahu tablet percuma bukan milik kekal, kena pulangkan lepas tamat belajar

Baca juga: Adibah bayar hutang rakan dengan duit kemenangan GV8