Akka Nasi Lemak selepas kuasa viral banyak mengubah kehidupannya daripada seorang yang susah menjadi senang.
Tak semua orang sebenarnya mahukan kehidupan popular dan dikenali ramai orang. Mungkin pada awalnya, itulah yang dimahukan tetapi lama kelamaan kita akan rasa itu bukanlah kehidupan yang baik.
Itulah apa yang dihadapi seorang peniaga yang dikenali dengan nama Akka Nasi Lemak.
Orang ramai sanggup beratur panjang seawal subuh demi mendapatkan Akka Nasi Lemak hasil air tangannya.
Sangeeta bagaimanapun meluahkan keadaannya selepas viral dalam satu rancangan televisyen Tamil dan dapat dilihat badannya semakin susut.
Dalam rancangan itu, Sangeeta mendedahkan dia bukan hanya menerima sokongan tetapi turut terpaksa berdepan dengan kecaman, hinaan dan gangguan daripada pihak yang tidak senang duduk melihat perniagaannya maju.
Sangeeta yang sudahpun berniaga nasi lemak selama lebih 13 tahun itu turut meluahkan kehidupannya tidak seperti yang dianggap orang.
Ramai yang menyangkakan kehidupannya kini lebih mewah tetapi hakikatnya mereka 4 beranak masih tinggal di rumah sewa yang kecil dan bergelut untuk mencari makan.
Baca juga: Muat naik video berpelukan, ramai meluat tengok kemesraan Che Ta dan suami?