Malaysia Dateline

Selepas viral gambar di Turki adik pula gesa Azmin disiasat, dikompaun maksimum

Selepas dikecam netizen kerana tularnya gambar Menteri MITI Azmin Ali di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia, Umi Hafilda Ali pula menggesa pihak berkuasa menyiasat abangnya itu.

Katanya, seluruh ahli keluarga juga wajib disiasat dan dikenakan kompaun maksimum jika benar Azmin ke Turki bersama dengan ahli keluarganya.

Umum mengetahui Umi Hafilda tidak begitu baik dengan abangnya, Azmin sejak dahulu lagi.

Melalui hantaran di Facebook Ummi Hafilda dengan bahasa yang agak jelek telah mengecam abangnya itu seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat yang berkurung sekian lama akibat Covid-19.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Azmin yang kononya ke Turki atas urusan rasmi tetapi langsung tidak ada gambar acara rasmi di sana.

Tang mana official ni Min. Kalau official sure kau dah gebang kat IG dan FB dengan ayat gebang kau tu. Fruitful Meeting…

“Ni why kau sorok tak ada satu pun acara rasmi di Turki. Too much lah. Yang rakyat rentas daerah pun tak boleh. Nak balik jumpa mak bapa yang uzur pun tak boleh.

“Kau (Azmin) anak derhaka buang mak macam sampah tujuh tahun memang kau tak kisah rakyat tak jumpa mak bapa.

“Kalau benarlah pergi Turki dengan family maka seluruh ahli keluarga wajib disiasat dan dikenakan kompaun maksimum,” tegasnya sambil mengongsikan gambar Azmin yang tular itu.

Umi Hafilda kecewa pada saat rakyat sedang dikurung, Azmin boleh menikmati ‘percutian’ di sana-sini.

“Rakyat beribu bunuh diri dan kebulur, tidak ada kerja, tapi kau je akal nak travel ke sana ke mari dengan alasan cari pelaburan… puii… bakar darahlah kau ni,” berangnya lagi.

Selepas mengadakan lawatan rasmi di Austria untuk mencari pelaburan negara, kini Azmin berada di Turki dan beliau dikatakan ‘kantoi’ apabila pemandu pelancong di sana memuatnaik status mengatakan Azmin bersama keluarga ke Turki.