Malaysia Dateline

Selesai Sidang Kemuncak KL 2019, apa pula selepas ini?

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat senario dan adegan yang penting yang harus digarap secara terus di dalam acara yang julung kalinya diadakan ini di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 pada tahun ini.

Pengerusinya i Tun Dr Mahathir Mohammad memulakan ucaptamanya selaku tuan rumah dengan menyentuh beberapa hal yang signifikan dalam konteks dunia Islam secara umumnya. Menghimpunkan 450 delegasi mewakili 56 buah negara, membuktikan bahawa keseriusan Malaysia umunya untuk mencari solusi mengenai isu semasa umat Islam.

Kehadiran beberapa tokoh berpengaruh dan terkemuka dunia Islam antaranya ialah Reccip Tayyip Erdorgan (Turki), Hassan Rouhani (Iran) serta Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamid Al-Thani (Qatar) juga turut sama hadir. Apa yang menarik, dikatakan bahawa Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menarik diri saat akhir dek kerana termakan dakyah Arab Saudi.  Arab Saudi dan sekutunya antara pengkritik besar terhadap acara ini. Ia seolah olah mengambil alih peranan secara tak rasmi

Namun terdapat beberapa persoalan yang harus difikirkan secara  mendalam. Apakah sebenarnya titik tolak kepada acara ini? Dengan  menjemput semua negara Islam untuk berhimpun bersama berbicara mengenai nasibnya atau demi kepentingan sesebuah negara untuk menjadi blok dunia ke-3?

Apakah keseriusan Tun Mahathir mengherdik sinis untuk tidak menggunakan Dollar AS sebagai mata wang rasmi di rantau ini hanyalah sebagai retorik atau raih simpati? Jikalau acara ini hanya membangkitkan soal kerisauan umat Islam sahaja, OIC juga begitu.

Apakah roadmap pasca Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini untuk menyelesaikan segala intipati perbincangan yang telah diutarakan sepanjang acara ini berlangsung? Fikir-fikirkan.

Kita sebagai pemerhati sidang kemuncak ini haruslah kritikal dan menagih kekuatan untuk mereka ini bertindak secara praktikal pasca sidang kemuncak ini. Selamat maju jaya buat Tun Mahathir dan pasukannya.

*Penulis adalah i seorang penyelidik di Strategic Research and Development Team of Harmoni, Persatuan Belia Harmoni  Universiti Malaya.