Seleweng 1.5 juta: Bekas setiausaha, akauntan direman 7 hari

Seleweng 1.5 juta: Bekas setiausaha, akauntan direman 7 hari

Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 juta daripada JMB berkenaan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki itu sehingga 7 Feb ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 53 dan 37 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret, di sini dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan bergari, pada pukul 8.40 pagi tadi.

Bekas setiausaha dan akauntan berkenaan ditahan semalam di rumah masing-masing di Jalan Klang Lama dan di Sungai Petani, Kedah.

Menurut sumber SPRM yang dipetik Bernama semalam, kedua-dua suspek dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak 2010.

Penyelewengan berkenaan terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggara lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

TAGS