Seleweng dana: Jerung dalam Finas perlu dihapuskan, kata Leman Raja Lawak

Seleweng dana: Jerung dalam Finas  perlu dihapuskan, kata Leman Raja Lawak
Sulaiman Ibrahim

Sulaiman Ibrahim

Isu ketirisan dana  pembuatan filem bukan saja melibatkan pegawai Finas yang dilantik pada zaman Umno dan BN,  melibatkan produksi kroni dan persatuan yang mementingkan kapasiti peribadi dengan alasan untuk membantu ahli persatuan artis, kata Ketua AMANAH Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim.

Beliau dalam bidang hiburan tanahair  lebih dikenali sebagai ‘Leman Raja Lawak’ berkata, tindakan segera Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam usaha untuk mengatasi masalah penyelewengan dana pembuatan filem amat dialu-alukan,

“Sebelum ini apabila ada pihak atas di kementerian ‘kacau’ permohonan dana kategori pembangunan dan produksi yang lulus tahap 1 (lambak) tetapi tidak dibawa ke tahap 2 (penilaian).

“Apatah lagi untuk dibawa ke tahap 3 iaitu tahap kelulusan selepas itu agak sukar.

“Elemen kepentingan peribadi dikalangan segelintir pemimpin persatuan-persatuan hiburan juga sukar dielakkan, ” ujarnya lagi.

Meskipun begitu katanya, pada peringkat awal golongan ini mendakwa untuk membantu ahli, sebaliknya membolot dana Finas untuk kepentingan sendiri.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan masih ada golongan yang ingin mengambil kesempatan apabila kerajaan Pakatan Harapan menerajui pemerintahan.

“Isu tidak telus dalam pengagihan dana filem telah acap kali dilaporkan oleh sahabat-sahabat artis supaya ia dibawa ke peringkat yang lebih atas.

“Banyak kenyataan media yang telah dikeluarkan pada ketika itu tidak diendahkan oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN.

“Ia bukan sahaja melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetapi juga RTM dalam isu menyekat ketelusan dana yang dimonopoli oleh golongan lantikan politik Umno dan BN, ” jelasnya.

Tambahnya lagi, sebelum ini campurtangan ahli politik termasuklah dalam projek menerima dana maupun diberikan secara langsung.

“Terdapat juga produksi filem yang telah dikenal pasti cuba mengeksploitasi pihak kementerian kini.

“Segala maklumat yang telah diperolehi hasil kerjasama artis-artis yang mendokong Pakatan Harapan akan diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia minggu hadapan.

“Apa yang amat diharapkan ialah wujudnya pembaharuan yang lebih telus dalam RTM dan juga Finas, ” ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote