Malaysia Dateline

Seloka Satira Penghibur Lara

Kompaun oh kompaun
Mengapa engkau terlalu tinggi?
Macam mana aku tak tinggi
Nak cari duit gaji Menteri.

Menteri oh Menteri
Pasal apa gaji tinggi?
Macam mana gaji tak tinggi
Banyak “scheme of things”
Nak kena beli.

Scheme of things oh
Scheme of things
Pasal apa engkau ada?
Macam mana aku tak ada
Bila orang nak rampas kuasa.

Kuasa oh kuasa
Pasal apa engkau kena rampas?
Macam mana tak kena rampas
Pasal Bersatu pakat dengan Pas.

Bersatu oh Bersatu
Pasal apa pakat dengan Pas?
Macam mana tak berpakat
Fatwa dia bawah dan atas.

Pas oh Pas
Pasal apa pakat dengan Bersatu?
Macam mana tak berpakat
Dapat gaji berpuluh ribu.

Umno oh Umno
Pasal apa ikut sama?
Macam mana tak ikut sama
Sebab kami dah di hujung nyawa.

Mahyuddin oh Mahyuddin
Pasal apa tukar nama?
Macam mana aku tak tukar
Nama asal tak ada glamor.

Rakyat jelata oh rakyat jelata
Apa nak jadi dengan kita?
Kita kena berjaga-jaga
Malaysia semakin berkasta-kasta.

Kasta oh kasta
Pasal apa tiba-tiba menjelma?
Macam mana aku tak menjelma
Bila negaraku amalkan feudalisme.

Bangau oh bangau
Mengapa engkau tersedu-sedu?
Macam mana aku tak tersedu-sedu
Kena kompaun berpuluh ribu.

Sekian adanya. Terima kasih.