Sudah beberapa hari berlalu, majlis perkahwinan pelakon terkenal, Janna Nick masih menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Bertemakan ‘garden wedding’, ramai yang mempersoalkan tindakan Janna Nick mengadakan majlis yang seakan meniru budaya barat.
Terkena tempias, kehadiran sosok penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar ke majlis tersebut turut menjadi bahan kecaman hebat warganet.
Tidak ingin terus dihimpit kontroversi, Ustaz Wadi baru-baru ini telah tampil membela diri dan menjelaskan keadaan sebenar.
Mengakui hadir ke majlis untuk membaca doa, Ustaz Wadi bagaimanapun meluahkan hasrat untuk pulang setelah melihat kelibat pengantin.
Membuat keputusan untuk beredar dengan segera, Ustaz Wadi mendakwa beliau terus pulang ke rumah tanpa makan dan mengambil gambar.
Namun, muncul pula rakaman yang kononnya ‘mematahkan’ kenyataan bahawa ulama itu meninggalkan majlis dengan lebih awal.
Memaparkan persembahan oleh penyanyi, Syamel, video tersebut turut merakam kelibat Ustaz Wadi yang masih duduk di kerusi tetamu.
Tidak melepaskan peluang, rata-rata penonton terus membanjiri ruangan komen video tersebut dengan pelbagai reaksi dan sindiran.
Ada juga individu yang kesal apabila pendakwah itu menolak jemputan majlis tahnik anaknya tetapi boleh hadir ke acara artis.
“Eh ustaz kata dia terus balik, tetapi ada je tu duduk dengan PA (pembantu peribadi) dia,” komen salah seorang penonton.
“Saya panggil ustaz buat majlis tahnik pun jadual penuh. Sedih, tapi saya faham. Ustaz kena periksa balik dengan PA. Betul-betul tapis siapa panggil,” kongsi pengguna lain.
Baca juga: Hanya kerja Grab, individu kongsi simpanan cecah RM100,000