Pemakaian apron ini pastinya sudah biasa buat tukang masak atau penjual makanan namun perlulah beli saiz yang bersesuaian.
Mungkin beli secara atas talian atau tidak sempat melihat isi dalam sebelum membeli, wanita undang gelak tawa warganet apabila membeli apron saiz kanak-kanak.
Video yang dimuat naik meneri akaun TikTok @akakpayung85, wanita itu bersemangat berkongsi mengenai apron yang baru dibeli.
“Pelitup muka aku dah ada, apron aku dah beli tapi aku tak baca masa beli ini.
“Sekali lepas aku beli, besar ini je apron, dia tak tulis pula untuk bayi ke budak ke.
“Kalau aku pakai ni nak tutup apa, nak ikat pun tak sampai ni,” katanya sambil tergelak besar.
Warganet pada masa sama mengaku tergelak hanya kerana pemilik gelak sakan dalam video tersebut.
“Berjangkit betul akak ni ketawa,” komen @sunshine29162.
“Akak tak cerita, akak gelak pon saya dah tergelak dah kak,” kata Nurul Lubis.
Mungkin lepas ini kita boleh baca atau tanya penjual terlebih dahulu sebelum membeli barang agar tak terjadi macam wanita ini.
Baca juga: Jual menu sajian barat pada harga RM1.90, kedai usahawan muda jadi perhatian pelajar