Sembilan Exco di bawah pentadbiran Mukhriz kekal,  dua portfolio nama baru

Sembilan Exco di bawah pentadbiran Mukhriz kekal, dua portfolio nama baru

Sembilan Adun BN semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Exco Kerajaan Kedah.

Masing-masing mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, kira-kira jam 10.30 pagi, tadi.

Istiadat angkat sumpah itu bermula dengan  Adun Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail mendahului senarai sembilan Exco yang mengangkat sumpah dihadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Portfolio  yang masih kekal Dr. Ku Abdul Rahman sebagai  Pengerusi J/KIndustri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand IMT-GT);  Datuk Suraya Yaacob ( Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat); Datuk Tajuddin Abdullah (Pengerusi J/K Penerangan,Pembangunan Luar Bandar,Pembasmian Kemiskinan); Datuk Norsabrina Mohd Noor (Pengerusi J/K Sains, Inovasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia) dan; Datuk Aminuddin Omar ( Pengerusi J/K Belia Dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan Pembangunan Insan). 

 Adun yang bertukar portfolio terdiri daripada Datuk Tajul Urus Mat Zain  kini menjawat Pengerusi J/KPendidikan, Pengangkutan, Badan-Badan Bukan Kerajaan); Datuk Badrol Hisham Hashim ( Pengerusi J/K Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air,Sumber Air dan Tenaga).

Manakala dua Adun  dibawah nama portfolio baru ialah  Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid portfolionya bertukar nama kepada  Pengerusi J/K Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya dahulu  (Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan) dan;Datuk Dr Leong Yong Kong dilantik sebagai Pengerusi J/K Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan (dahulu Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan).

TAGS