Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) antara sembilan agensi kerajaan yang tidak lagi tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kesemua agensi terbabit diletakkan sebagai entiti bebas dan melapor terus kepada Parlimen berkuat kuasa 1 Julai.

Tujuh lagi agensi berstatus demikian menurut surat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa kepada JPM bertarikh 26 Jun itu adalah seperti berikut:

– Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
– Pejabat Pendakwa Raya Negara (Fungsi pendakwaan)
– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
– Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
– Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
– Parlimen Malaysia
– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Sementara itu, 10 lagi agensi atau jabatan kerajaan dibubarkan termasuk 19 pejabat kecil di bawah Pejabat Perdana Menteri:

– Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China
– Pejabat Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam Bidang Infrastruktur (sehingga tamat kontrak pada 31 Disember 2018)
– Pejabat Penasihat kepada Perdana Menteri (Prof Datuk Seri Wira Khairil Annas Jusoh)
– Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri ((Datuk Seri Shaziman Mansor)
– Pejabat Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor
– Pejabat Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (sehingga tamat kontrak pada 30 Jun 2018)
– Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
– Pejabat Penasihat Sains kepada Perdana Menteri
– Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita
– Pejabat Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri
– Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan
– Institut Wasatiyyah Malaysia
– Bahagian Penjenamaan Negara (Brandworth Corporation)
Special Implementation Task Force (SITF)
– Pasukan Komunikasi Negara
– Pejabat Penasihat Transformasi Negara
– Duta Khas Keganasan
– Fasilitator Mindanao
– CSDU & Sekretariat TN50 – (EPU, JPM).

Senarai sembilan lagi agensi kerajaan yang lenyap ketika Pakatan Harapan (PH) buat julung kalinya mendapat mandat ke Putrajaya adalah:

– Unit Kawal Selia Felda (UKSF)
– Majlis Profesor Negara (MPN)
– Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
– Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
– Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
– Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) – Bubar dan pindah fungsi ke Kementerian Pengangkutan
– Institut Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERI)
MyWin Academy
International Multilateral Partnership Against Cyber-Threats (IMPACT)

Rombakan besar-besaran JPM turut menyaksikan 40 jabatan/agensi kerajaan dipindah fungsi dan lima digabung manakala 26 lagi kekal di bawah JPM.

Langkah mereformasi institusi pentadbiran dan politik antara janji utama Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ jika dipilih menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.

9.0
OVERALL SCORE
: 7.0
4 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS