Sementara tunggu gaji suami, wanita kongsi kisah sedih, terpaksa bagi 3 anak makan nasi kosong

Oleh MALAYSIADATELINE

Meskipun zaman sudah serba moden, masih ada individu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ditambah dengan harga barang yang semakin mahal.

Maka tidak terkejut jika ada yang masih mencuba sedaya upaya untuk bagi isteri dan anak makan hingga terpaksa melakukan dua tiga kerja.

Seorang wanita di Kampung Seri Wangi, Simpang Lawin terpaksa memberikan tiga anaknya nasi kosong untuk mengalas perut.

Menurut Majalah Pa&Ma, itulah keputusan yang terbaik dibuat selepas suami yang bekerja sebagai tukan kebun sekolah kehabisan duit.

Wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai Halimatul Saadiah memaklumkan mereka sekeluarga hanya bergantung pada pendapatan suami sebanyak RM1,500 sebulan.

Malah mereka juga terpaksa menggunakan sebahagian gas untuk menampung kos perubatan anak bongsu berusia dua tahun yang mengalami masalah penglihatan.

“Kesempitan duit memberi kesan kepada anak-anak kerana kerap makan nasi putih kosong untuk mengisi perut.

“Lebih menyedihkan dua anak berumur tujuh dan sembilan tahun kadangkala berkongsi makanan yang diperoleh dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah kerana hanya salah seorang mendapat bantuan tersebut.

“Kalau adik terlalu lapar, abang biarkan dia makan. Abang akan makan bila pulang ke rumah,” katanya seperti dipetik Majalah Pa&Ma.

Dalam pada itu, Halimatul mendedahkan dia pernah minta bantuan beras dengan sebuah agensi kerajaan demi anaknya yang kelaparan.

Halimatul berkata, dia pernah meminta bantuan beras kerana anaknya kelaparan akibat kehabisan wang di sebuah agensi kerajaan.

“Waktu itu saya sangat ter­desak. Sebelum itu, kami telah menjual kereta yang merupakan satu-satunya pengangkutan untuk menanggung kos rawatan anak.

“Kami hanya mahu memohon beras, bukan wang ringgit,” ujarnya.

Bagi mengurangkan beban suami, dia membuat kerja sambilan di kedai runcit selepas suami pulang agar anak-anak diawasi.

Baca juga: Shuk Sahar akui hanyut ketika di puncak kerjaya, syukur Allah beri peluang – “Solat tak pernah, puasa pun tak”