Malaysia Dateline

Seminar teknologi AI mengesan masalah mata, kencing manis

Anda ada masalah kencing manis dan bimbang dengan masalah mata pula, datang ke seminar dan pameran ini.

Ia akan dirasmikan oleh wakil Timbalan Perdana Menteri manakala Datuk Husam Musa juga dijangka berucap di majlis ini.

Seminar ini akan diadakan pada hari ini 26 Mei (Ahad) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, bermula jam 8.00 pagi.

Pengunjung boleh pembuat pemeriksaan kesihatan bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit kencing manis menggunakan teknologi terkini AI, sekali gus mendapatkan nasihat bagi merawatnya.

Selain itu mereka yang mempunyai masalah mata juga digalakkan datang ke seminar ini untuk mengetahui kedudukan masalah mereka melalui imbasan peralatan teknologi AI.

Keupayaan mengesan awal penyakit kencing manis dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah kabur penglihatan dan buta sebanyak 80 peratus.