Malaysia Dateline

Seminggu yang gelap

ULASAN:  Gelap adalah perkataan paling sesuai menggambarkan keadaan pada minggu akhir Februari 21hb hingga 1 March 2020.

Gelap kerana kerajaan pintu belakang telah menceroboh asas demokrasi dengan menjadi kerajaan yang tidak cukup majoriti memerintah. Isu penggantian kepimpinan PM 8 telahpun diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Presiden bahawa lepas APEC Tun Dr Mahathir Mohamad akan lepas jawatan untuk laluan DSAI sebagai PM ke 8.

Ketika semua keadaan berjalan seperti biasa, negara dikejutkan dengan Langkah Sheraton apabila beberapa pemimpin dari Bersatu dan 11 MP PKR tiba-tiba membentuk satu gabungan politik baharu bersama Pas, Umno dan MCA.

Usaha Langkah Sheraton gagal apabila Pengerusi PH Tun Mahathir dari Bersatu enggan menyertainya sehingga langkah sumbang ini bolehlah dianggap sebagai “kudeta yang gagal”

Ia tidak berakhir di situ, Tun M telah meletakkan jawatan sebagai PM pada 24 Februari. Sebelumnya Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu pula telah isytihar keluar daripada Pakatan Harapan PH.

Bermulalah rakyat merasa gelapnya keadaan khususnya setelah Tun M seolah “abandon ship” lebih awal yang kini terumbang-ambing dipukul badai pengkhianat! Malah Tun M sebagai interim mencadangkan ‘Unity Government’ yang ditolak oleh semua parti termasuk PH dan BN.

PH sebagai pemegang amanah kepada mandat rakyat bergelut bertahan. Parti komponen PH mempertahankan legitimasinya dengan mencalonkan DSAI sebagai calon PM. Maka berhimpunlah ahli-ahli parlimen selama 2 hari (27 dan 26  Februari) di istana negara untuk membuat perakuan siapakah calon mereka. Nama Muhyiddin , Tun M turut dicalon bersama.

Jumaat 28 Febrruari memberikan harapan sinaran kerana PH yakin DSAI akan muncul terbanyak di kalangan 3 calon. Namun lebih kurang hampir jam pkl 5 petang, Istana Negara mengemuarkan kenyataan, akan bertemu dengan semua ketua-ketua parti esoknya Sabtu 29 Februari. Isyaratnya ialah tiada yang mendapat majoriti 112.

Sabah Sarawak mengumumkan sokongan kepada Tun M, PH pula setelah bermesyuarat panjang dan kemudian bertemu dengan Tun M bersetuju untuk mengekalkan PH sebagai blok yang solid dengan menamakan Tun M sebagai calon.

Rundingan tersebut pada malamnya juga menetapkan kerajaan PH kekal tanpa pengkhianat dari PKR dan Bersatu, Tun M sedia mempertahankan mandat rakyat kepada PH.

Sabtu 29hb Februari ketua-ketua parti sekali lagi membawa masing-masing bilangan Ahli Parlimen yang berpihak kepadanya. Alhamdulillah PH yakin bilangan sokongan kepada Tun M adalah suara PH demi mempertahankan mandat PH.

Harapan awan mendung berarak lalu tidak tercapai, Istana umumkan TanSri Muhyiddin Yassin sebagai calon PM ke 8. Ia adalah PM pintu belakang pertama dalam sejarah Malaysia. Tun M tidak mendapat perkenan mengadap YDPA untuk membawa bilangan yang hendak dipersembahkan.

Ahad 1 Mac  pemimpin PH tanpa pengkhianat berhimpun  sokong Tun M pada masa yang sama TSMY angkat sumpah PM ke 8. Sejarah akan termaktub Malaysia buat pertama kalinya ada seorang PM pintu belakang dan akan membentuk barisan kabinet pintu belakang.

Catatan Minggu Gelap
21 hingga 2 Mac
DS Dr Mujahid Bin Yusof Rawa