Malaysia Dateline

Semoga ada sinar untuk Malaysia: Catatan pengalaman di MAEPS

Team mobilisasi perubatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak ke pusat kuarantin bersepadu MAEPS Serdang. 9/7/21 Day 1 night shift hall A2. Craziest among hall A.

Jaga kira-kira 600 pesakit hanya dua orang doktor sahaja bertugas setiap shift. Kebanyakan pesakit hall ni kategori 3 dan 4, maknanya pesakit sederhana dan agak teruk. Takde CPAP, modified sahaja mampu. Equipment tak cukup, tak boleh expect rawatan tip top macam kat hospital.

Memang realiti, kami perlu memilih siapa yang perlu diutamakan untuk bantuan oxygen. Selebihnya adalah tawakkaltu ala’ Allah. Intubation is not allowed here sebab pakar je akan buat keputusan tersebut.

Once intubated kena segera transfer out to the nearest/ covid hospital which is Sungai Buloh, Serdang, or Ampang. Sampai je Jabatan Kecemasan (ED) hospital terima mayat je hmmm.

Satu je nasihat aku. DO NOT FALL SICK! Nak muntah tengok satu dewan penuh Covid. Setiap 10-15 minit staff inform 2-3 point desaturate sekaligus.

Kalau ada codeblue di hall sebelah pun kami kena attend jugak. Pakai full PPE 8 jam (per 12 hours shift). Sakit biasa tak sempat nak layan.

Mana nak melayan kerenah satu persatu. Last-last tu dah jadi macam zombie dah. Sempat la jugak maki dalam hati kat sesiapa yang berkenaan sampai jadi teruk nauu keadaan kat KL/ Selangor.

Mailah tengok keadaan sini sehari je cukup. Kalau takde sekelumit perasaan bersalah bahawa merekalah penyebab utama kejadian rakyat ni hmmm taktau laaa.

Sekurangnya biar terdetik dalam hati, kaedah sekarang sahaja dah tak relevan untuk mengurangkan kes penularan, sia-sia berkurung, silap haribulan boleh murung, jadi ubah la kepada cara yang lebih effective.

Ni tak, rakyat bertarung nyawa, hidup nyawa-nyawa ikan, depa bertarung jawatan. Memang kes covid akan terus meningkat, tak heran dah tengok angka hari-hari.

Yang aku concern adalah berapa banyak lagi kategori 4 yang nak masuk lagi hari ni.

Dan please jangan kecam KKM. Nak lepaskan kemarahan sila ke channel yang betul. Kami hanyalah kambing hitam yang bertungkus lumus menyelamatkan negara yang semakin tenggelam karam di lautan ni.

Kalaulah KKM benar-benar lumpuh, nak harapkan ahli politik ke selamatkan kau?

Di kesempatan ini juga ku memohon maaf atas segala salah silap. Masuk sini sihat walafiat, keluar tidak semestinya. Sesungguhnya ku hanya mampu buat yang terbaik.

Kalau dipikirkan balik, aku nak buat sesuatu yang lebih baik untuk tolong pesakit ni tapi helpless.. part paling sedih. ‘Tong oxygen dah habis la doktor’.

Semoga ada sinar buat Malaysia.

—————
Ini adalah catatan seorang petugas kesihatan dari Perak yang dihantar ke MAEPS mulai 9 Julai lalu. Editing minima dibuat ke atas tulisan ini.