Malaysia Dateline

Semoga menjalankan amanah dengan penuh ‘daddykasi’

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam satu surat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon agar melantik anaknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC.

Surat yang sedang tular itu tercatat tulisan tangan ‘saya setuju’ yang ditanda oleh Ismail Sabri pada tarikh 6 Jun 2020.

Surat yang bertarikh 5 Jun itu meminta Ismail menyokong lantikan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham sebagai Ali Lembaga Pengarah di dalam Pharmaniaga Berhad.

“Sesungguhnya pelantikan ini akan dapat memberi pengalaman kepada beliau selain berpeluang menyumbang idea bagi memantapkan lagi Pharmaniaga Berhad,” tulis timbalan menteri itu.

Sementara itu, Saifuddin Nasution dalam status Facebooknya yang turut berkongsi surat berkenaan berkata ” Power Surat Sokongan ini” kerana menteri minitkan ‘saya setuju’.

“Tahniah en Ikmal Hazlan anak kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham. Semoga menjalankan amanah dengan penuh #daddykasi,” katanya.