Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Bila saya dimaklumkan oleh PA saya yang YB Titiwangsa yang juga seorang Menteri akan turun ke Sepang dalam masa terdekat, tiba-tiba saya terkenang arwah mantan MP Titiwangsa, Dr Lo’lo.

Arwah, sepertimana juga Adun Sri Serdang, Dr Mariah ibarat “kakak kandung” kepada saya. Saya akui kadangkala mereka berdua suka ” berleter” kat saya yang nakal, jahat dan terjal ni..tapi saya tak pernah simpan dalam hati. Jika tension pun sekejap je.Selepas tu ok. Ini kerana saya anggap teguran mereka seperti teguran kakak ke atas adik..penuh keikhlasan.

Apabil arwah didiagnosed menghidap cancer tahap 4, arwah jemput beberapa teman rapat beliau seperti Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr. Zul, Husam Musa, saya dan beberapa orang lain lagi
(maaf tak ingat) ke rumah beliau.

Arwah menyatakan kepada kami yang beliau mengidap kanser tahap 4. Saya rasa macam bom jatuh ke atas kepala saya. Arwah, tak silap saya, minta nasihat kami.

Saya masih ingat arwah minta saya ganti bertanding di tempat dia seandainya apa-apa terjadi kepada beliau. Kami, masa itu, tak begitu endahkan saranan beliau dan kami kata “tak pe Yb, InsyaAllah Yb akan sihat semula dan akan terus jadi Yb”.

Pada masa itu masih dalam bulan syawal. Maka, kami nasihat arwah untuk turun juga ke majlis hari raya setakat yang beliau mampu. Setakat yang saya tahu, arwah masih turun meskipun dalam keuzuran.

Pada masa itu, secara kebetulan bapa mentua saya juga disahkan mengidap kanser tahap 4. Saya sempat tanya arwah ada tak ‘any special’ ubat yang saya boleh syorkan untuk bapa mentua saya. Arwah ada bagi tahu saya.

Dipendekkan cerita, arwah diisytiharkan meninggal dunia ketika saya dan kawan-kawan rapat beliau sedang dalam meeting AJK pusat parti suci. Maka kami sempat hadir upacara pengebumian arwah.

Saya masih ingat sangat-sangat ketika jenazah arwah nak dikebumikan, saya lihat sendiri dengan mata saya kepulan awan bergerak meneduhi pusara arwah. Moga ia satu petanda yang baik InsyaAllah.

Akhirnya, moga roh arwah sentiasa dicucuri rahmatNya dan moga arwah ditempatkan di jannah InsyaAllah. Ameen.

COMMENTS

Wordpress (0)