Malaysia Dateline

Semoga semua sabar diuji Allah dengan ketiadaan air

Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang mulia semalam saya bersama Ketua Amanah Kawasan Kuala Nerus yang lebih mesra dipanggil Hj Mat Anai Anai, saudara Ridhuan atau Dwen dan Saudara Zamir selaku Ketua Pemuda Amanah Terengganu turun ke Kampung Jeram dan Kampung Kebor Air untuk agihan bakul makanan dan air minuman.

Saya dibawa menziarahi orang kampung yang diuji oleh Allah dengan ujian dengan penyakit dan juga yang diuji dengan kelainan upaya (OKU). Memanglah kali ini berhadapan dengan ujian yang sukar kerana bukan sahaja perlu memerangi Covid19, malah turut diuji dengan ketiadaan air sejak 23 Ogos lalu.

Saya mendoakan agar semua warga di Kg Jeram dan Kg Kebor Air khususnya diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian kali ini.

AMANAH Terengganu akan terus menghulurkan bantuan sedaya mungkin melalui ahli jawatankuasa Amanah Kawasan Kuala Nerus dan barisan Pemuda Amanah Terengganu yang sentiasa membantu terutamanya dalam pengagihan air bersih.