Sempat perli polis sebab tak selesaikan kes bunuh isteri dan anak, lepas 2 tahun baru kantoi, rupanya…

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka dalang disebalik pembunuhan dua wanita adalah orang yang sama bersusah payah untuk menuntut keadilan bagi pihak si mati.

Pada tahun 2021, negara seberang digemparkan dengan penemuan dua mayat di dalam but sebuah kereta jenis Alphard.

Dua mangsa dikenali sebagai Tuti Sihartini bersama anak perempuannya, Amalia Mustika Ratu a.k.a Amel.

Tuti Sihartini dan Amel

Pihak polis bagaimanapun sukar mengesan identiti suspek utama kerana dua beranak itu dipercayai sempat dimandikan bagi menghilangkan kesan cap jari.

Lebih mengerikan, baju mereka turut direndam dalam sebuah besen berisi air.

Orang yang paling menuntut keadlian

Menurut DeskJabar, Pak Yosep Hidayah sempat memerli pihak polis yang dikatakan gagal menyelesaikan isu jenayah tersebut.

Malah Yosep sempat meminta bantuan Presiden dengan harapan perkara itu dapat ditangani segera.

“Selama ini, kami cuma mendapat jawapan sudah ada titik terang, sudah ada titik terang. Tapi sudah setahun berlalu, semuanya masih tiada jawapan.

“Semuanya gelap gelita untuk kami”.

Selepas dua tahun menjadi misteri, segalanya mulai terbongkar selepas seorang suspek bernama Danu tampil untuk serah diri kepada pihak polis.

Yosep dan keluarga baru pembunuh sebenar

Paling mengejutkan, polis menetapkan Yosep sebagai suspek utama bersama empat lagi individu iaitu isteri mudanya (Mimin), dua orang anak tiri (Arighi & Abi) serta satu anak saudaranya (Danu).

Menurut dakwaan Danu, Yosep memintanya untuk membawa sebuah parang ke rumah dan suara jeritan mula kedengaran tak lama selepas itu.

Apabila dilihat, dia terkejut menyaksikan Yosep telah ‘menghabiskan’ hayat Tuti dan Amel dengan bantuan tiga ahli keluarga lain.

Dia turut diarahkan untuk mencuci lokasi kejadian yang terletak di Subang, Jawa Barat, Indonesia.

Siapa sangka Yosep yang serius memperjuangkan nasib Tuti dan Amel rupanya berselindung di sebalik topeng kepura-puraan.

Semua suspek menafikan dakwaan Danu sekeras-kerasnya, namun polis berkata mereka punyai bukti kuat yang menghala ke Yosep.

Siasatan diteruskan bagi mengetahui motif pembunuhan terbabit. Tekanan menyimpan rahsia itu selama dua tahun menjadi alasan utama Danu menyerahkan diri.

Baca juga: Baby Shima teruk dikecam tak sensitif lepas muat naik video “I stand with Israel”, ini respon tuan badan