Tindakan pantas lelaki ini berjaya menyelamatkan nyawanya apabila sotong yang ingin dimakannya itu sebenarnya tergolong dalam binatang yang berbahaya.
Seorang lelaki di China merasa pelik selepas melihat kondisi sotong yang bakal dimakan kerana mempunyai corak yang agak berlainan dengan sotong yang lain.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk muat naik gambar sotong berbintik itu di Weibo untuk bertanya kepada pengikutnya lapor South China Morning Post semalam.
“Bolehkah saya memakannya? Saya menunggu jawapan anda. Agak cemas,” ujar lelaki tersebut pada kapsyen di akaun Weibonya.
Tindakannya itu berjaya menyelamatkan nyawanya apabila dimaklumkan bahawa sotong tersebut mempunyai kadar toksik yang sangat tinggi.
“Ia adalah sotong leopard-striped atau blue-ringed. Kadar toksiknya sangat tinggi dan tidak akan dineutralkan apabila dipanaskan.
“Bukan perkara pelik, malah pernah berlaku, sotong jenis ini secara tidak sengaja bercampur dengan sotong biasa yang dijual di pasaran, walaupun kemungkinan ia berlaku sangat rendah,” ujar blogger sains, Bo Wu Za Zhi.
Pengikutnya mula resah memikirkan keadaan lelaki tersebut, namun nasib baik kerana lelaki tersebut sempat baca komen dan pulangkan semula sotong tersebut di restoran yang dibelinya.
Baca juga: Renovate rumah sampai RM100,000, tapi parkir kereta depan rumah jiran juga