Malaysia Dateline

Sempena Hari Malaysia, pimpinan Harapan lancarkan kempen PRU 15 di Kuala Pilah

Sempena Hari Malaysia, semua pimpinan Pakatan Harapan memulakan kempen menuju PRU 15 dengan Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan di Dataran Melang, Kuala Pilah Negeri Sembilan malam tadi.

Sambil di selangi lagu ‘Siapa Penyokong Penyamun’ nyanyian Altimet, para pemimpin Harapan memberikan ucapan di depan hampir 5,000 penyokong yang memenuhi dataran itu di samping puluhan ribu yang menonton majlis itu secara online.

Pada siangnya, sepanjang hari kesemua pimpinan Pakatan Harapan menyertai ‘Perkampungan Pakatan Harapan’ bagi menyusun strategi bersama menuju PRU-15.

Anwar sangar ceria semasa sambutan Hari Malaysia di Kuala Pilah semalam.

Bagi Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Hari Malaysia, rakyat Malaysia perlu memastikan negara tidak dirompak lagi.

“Kalau dahulu negara di rompak oleh Inggeris yang menjajah negara, kini negara kita dirompak oleh orang yang sewarna kulit dengan kita.

“Kita mesti hentikan perkara ini agar rakyat sendiri yang mentadbir negara dengan hentikan penindasan dan bebaskan rasuah,” kata Anwar dalam ucapan kemuncak beliau di majlis malam tadi.

Beliau berkata, negara perlu dibebaskan dari segala bentuk perhambaan.

“Ini tidak, merdeka tetapi kamu tindas orang Melayu, hidup Melayu tetapi tanah Melayu yang kamu sapu, hidup Melayu tetapi balak di hutan yang hilang.

“Bangsat sungguh,” kata Anwar dalam ucapan yang penuh semangat itu.

Selain Anwar, semua pemimpin utama Pakatan Harapan turut memberikan ucapan termasuk Anthony Loke dari DAP, Mohamad Sabu dari AMANAH dan Wilfred Madius Tangau dari UPKO.

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR-GAMBAR SAMBUTAN HARI MALAYSIA