Malaysia Dateline

Sempena Kemerdekaan Negara ke 65, serbu 5 tempat hari ini untuk nikmati promosi menarik!

Sempena Kemerdekaan Negara yang ke 65 hari ini, banyak promosi menarik yang ditawarkan beberapa jenama makanan dan minuman terkenal yang anda boleh nikmati.

Kami kongsikan kepada anda antara promosi menarik yang anda boleh dapatkan sehingga hari ini sahaja.

Starbucks

Haaa macam tak percaya! Jenama minuman kopi pilihan ramai orang iaitu Starbucks hadir dengan promosi sebanyak 31 peratus pada hari ini sehingga 2 September 2022.

Apa yang seronok, promosi ini sah sepanjang hari tau!

Tealive

Tealive pun tak mahu lepaskan peluang. Nikmati diskaun minuman Tealive dengan potongan sehingga 31 peratus untuk minuman Signature Coffee.

McDonald’s

McDonald’s kembali lagi dengan Karnival Pandu Lalu mereka pada Hari Merdeka ini.

McDonald tawarkan Nasi Lemak McD dan air Milo percuma hanya pada hari ini (31 Ogos).

Jerit “Merdeka” sebanyak tiga kali di kaunter Pandu Lalu untuk dapatkan Nasi Lemak McD dan air Milo secara percuma.

Secret Recipe

Dengan pembelian kedua pada 31 Ogos bermula jam 12:00 tengah hari sehingga 5:00 petang, anda boleh nikmati promosi sepotong kek pada harga RM6.50 di Secret Recipe.

KFC

Yay! KFC pun ada promosi sempena hari Merdeka ini.

Anda boleh dapatkan satu ayam KFC bersama menu tambahan seperti Kentang Putar, Nasi Kolonel atau Sos Jalapeno dengan hanya RM6.50.

Cepat-cepat, tawaran ini hanya sah hari ini sahaja.

Subway

Soft-dough cookies pilihan hati bakal ada promosi tak masuk akal! Hanya RM10, dapat 6 jenis biskut dalam satu kotak.

Tapi jangan risau, promosi ini bukan ada hari ini sahaja tapi akan tamat pada 6 September depan.