Semua anggota PAC pembangkang lepaskan jawatan serta merta hari ini

Semua anggota PAC pembangkang lepaskan jawatan serta merta hari ini

Semua anggota Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) dari blok pembangkang  BN dan Pas melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua Ahli Parlimen BN yang keluar daripada PAC itu ialah Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah manakala daripada Pas, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Semua ahli PAC pembangkang letak jawatan dan berikan sepenuh kuasa kepada kerajaan. Kita tidak akan berada dalam PAC sehingga kerajaan berikan jawatan pengerusi daripada pembangkang.

Ini susulan semalam Perdan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang mempertimbangkan untuk mencari calon yang sesuai bagi memegang jawatan pengerusi PAC.

Bagaimanapun, jelas Dr Mahathir setakat ini Datuk Seri Ronald Kiandee kekal sebagai Pengerusi PAC.

tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota PAC susulan isu kepemimpinan jawatankuasa itu.

Nurul Izzah dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada ahli PAC disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepemimpinan PAC.

Isu mengenai jawatan PAC timbul apabila Ronald menjadi salah seorang daripada wakil rakyat Sabah yang meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipimpin Dr. Mahathir.

PH sebelum ini berjanji supaya Pengerusi PAC akan dipilih dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.