Malaysia Dateline

Mohd Sayuti Omarperkahwinan antara Pas dan Umno akan berlangsung

Semua bakal Ketua Menteri elok bertanding di Dun Tanjung Bidara

Dilaporkan Pengerusi Umno Melaka Ab. Rauf Yusoh akan bertanding di Dun Tanjung Bidara, kawasan yang dikira kubu Umno. Sebelum ini timbul cerita kononnya Rauf tidak akan diturunkan kerana dia memberi liabiliti kepada Umno.

Elok juga kalau Rauf diturunkan kerana dia berkehendak sangat untuk jadi Ketua Menteri Melaka.

Penurunan Rauf itu menunjukkan Umno yakin parti itu boleh menang. Apa kata kalau semua mereka yang berkeinginan untuk jadi Ketua Menteri Menteri berhimpun dan bertanding di Dun Tanjung Bidara.

Adly Zahari, Idris Haron, Shamsul Iskandar Md Akin dan juga yang nama hujungnya Din-Din daripada parti Bersatu itu semua bertanding di situ. Tunjukkan kekuatan masing-masing di Dun berkenaan.

Usah kira apakah Tanjung Bidara kubu Umno atau tidak, ‘kan semua mendakwa masing-masing mendapat sokongan di Melaka. Buktikan apa yang anda dakwa.

Tentu meriah kalau semua bakal ketua menteri bertanding dan berkubang dalam satu lubang. Tentu ada yang kata cara itu tidak berstrategi. Pulak. Jika tidak mahu, sebut sahaja sebagai pengecut.