Malaysia Dateline

Semua bilik darjah SK Bukit Indera Muda dapat sumbangan papan putih

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil hari ini menyampaikan sumbangan papan putih kepada kesemua 19 bilik darjah di SK Bukit Indera Muda.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu berkata, sumbangan tersebut bagi menggantikan penggunaan papan hitam yang berdebu akibat penggunaan kapur.

Beliau berharap penggunaan papan putih tersebut dapat memberikan lebih keselesaan dan menjamin kesihatan kepada guru dan pelajar.

“Semoga kualiti pendidikan dan pembangunan modal insan anak-anak Dun Permatang Pasir dapat dipertingkatkan demi masa depan negara,” ujar Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu lagi.