Semua calon AMANAH lulus cemerlang, diterima sebagai calon

Semua calon AMANAH diterima untuk bertanding, kata Abang Ahmad Kerdee.

Semua calon yang dinamakan oleh AMANAH telah lulus cemerlang apabila kesemua pencalonan mereka telah diterima.

Pemangku kerja Setiausaha Agung AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, sehingga tamat tempoh sesi penamaan calon pada hari ini, semua Calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) diistiharkan sebagai calon yang sah.

“Mereka terdiri daripada 34 Parlimen dan 110 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah secara rasmi diumum dan diisytiharkan sebagai calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini,” katanya.

Katanya, kesemua calon AMANAH di semenanjung Malaysia bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini.

Di Sarawak, enam (6) Calon AMANAH juga turut bertanding menggunakan lambang KEADILAN.

Manakala di Sabah, AMANAH bertanding menggunakan lambangnya sendiri di satu (1) Parlimen iaitu P.185 Batu Sapi dan satu (1) DUN iaitu N.58 Merotai.

“Alhamdulillah, kesemua Calon-Calon AMANAH ini telah diterima dan diisytiharkan sebagai Calon PRU14.

“Mewakili seluruh kepimpinan AMANAH, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera khususnya kepada Sekretariat Nasional, Sekretariat Negeri-Negeri, Biro Undang-Undang (KANUN), Biro Pilihan Raya, Media Oren dan semua Pasukan/Unit dan individu-individu yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan di Fasa Pertama ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau ingatkan bahawa fasa yang seterusnya akan lebih mencabar dan menuntut semua pihak untuk bekerja lebih kuat dan bersistematik berpaksikan kepada semangat Muafakat Pakatan Harapan dengan matlamat yang jelas untuk menumbangkan Barisan Nasional.

9.0
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 10.0