Malaysia Dateline

Semua jemaah, pengiring, perayu layak terima bantuan subsidi RM9,980 menunaikan haji tahun ini

Parlimen diberitahu semua jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama, pengiring dan perayu layak untuk menerima bantuan subsidi RM9,980 daripada Tabung Haji (TH) bagi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata, keputusan itu telah dimuktamadkan dan sudahpun diumumkan pada 28 Februari lepas ketika menjawab lisan pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun-Pas) di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Dr Mujahid lagi keputusan itu dibuat selepas mengambilkira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran TH bagi tahun 2019.

“Sehubungan itu bayaran Haji bagi jemaah haji muassasah yang layak menerima subsidi seperti di atas untuk Musim Haji 1440 Hijrah adalah RM9,980.00,” ujarnya.