Semua kariah masjid di Pulau Pinang perlu peduli asnaf, kata NGO Muafakat

Semua kariah masjid di Pulau Pinang perlu peduli asnaf, kata  NGO Muafakat
Md [email protected] Md Ali
Semua Pengerusi- Pengerusi Kariah dan surau  di seluruh Pulau Pinang digesa supaya serius memberi perhatian kepada golongan asnaf yang memerlukan., kata,
Setiausaha Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Muafakat), Md Naqi @ Rashid Md Ali.

Beliau berkata, sebelum ini sudah menjadi kelaziman bagi golongan asnaf terpaksa hadir ke masjid dan surau seolah-oleh meminta-minta untuk diberikan sumbangan dan bantuan menjelang ramadan.

“Seharusnya semua jawatankuasa kariah masjid dan juga jawatankuasa surau sudah bersiap sedia untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan asnaf.

“Kita tidak mahu lagi wujudnya pelbagai birokrasi bagi mendapatkan bantuan menjelang ramadan oleh golongan asnaf yang sememangnya memerlukan dokongan.

“Tidak harus ada lagi amalan menanti kehadiran golongan asnaf untuk merayu dan merintih untuk mendapatkan bantuan dan keperluan, ” ujarnya ketika ditemui.

Beliau juga berkata, sepatutnya pihak masjid dan surau maupun pusat pungutan zakat segera turun padang dan mengenal pasti mana-mana golongan asnaf yang perlu dibantu.

Malah tegasnya lagi, hasil turun padang dan peduli asnaf tersebut, pelbagai bentuk sokongan dapat disalurkan samada melalui sumbangan dari pusat zakat maupun korporat dan individu.

“Peduli asnaf mesti disematkan dalam jiwa setiap jawatankuasa kariah masjid dan juga surau.

“Senaraikan mereka yang sudah dikenal pasti layak untuk mendapat sokongan dan bantuan serta percepatkan proses bagi menerima bantuan yang sedia ada.

“Jangan hanya menanti di masjid dan surau atau pun di kaunter zakat sahaja, sedangkan golongan asnaf masih lagi teraba-raba mencari dokongan bagi meneruskan hidup yang penuh dengan pelbagai kekurangan ketika ini, ” jelasnya.

Oleh itu sarannya, semua pihak harus sudah mula mengakseskan segala perseidaan turun padang bagi membantu semua golongan asnaf tanpa membezakan ideologi politik, keturunan dan kaum mereka.