Malaysia Dateline

Semua kita pulun!

Kita kena perjuangkan Islam TAPI perjuangan Islam yang group atau puak kita bawa.

Kita kena sokong para ulama TAPI ulama group atau puak kamilah.

Kita kena istiqamah tapi istiqamah dalam group kamilah.

Keluaq dari group kami kalu, automatik dihukum tak istiqamah atau diguna istilah arab ” al-mutasaqitun” – golongan gugur dalam perjuangan!

Apa ada hal, kami monopoli bab label melabel.

Ya, walaupun 22 kali tapi kita x redho.

Mcm org sabung ayam dan ayam dia kalah . Masih tidak mahu mengaku kalah. Dia pi hujah ” hangpa kena ingat, tadi tu baru ayam kawan yang kalah, kawan-tuan ayam- tidak kalah lagi! ”

Kesimpulannya kami pendakwa, kami peguambela, kami juri, kami hakim dan kami juga undang-undang!

Atau

Kami pemain, kami jurulatih, kami penjaga garisan, kami pengadil, kami wisel, kami bola, dan kami juga tiang gol!

Lu siapa?