Malaysia Dateline

Asmuni Awi

Semua lantikan politik Perak beri khidmat cemerlang, kata Asmuni

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan lantikan politik di negeri itu yang ditamatkan perkhidmatan mulai 30 April 2020.

Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi dalam satu kenyataannya berkata, perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan terutamanya membantu masyarakat mendepani krisis wabak Covid-19 harus diberi pujian.

“Walaupun kerajaan negeri telah bertukar kepada kerajaan PN pada bulan Mac 2020, namun perkhidmatan terus diberikan kepada masyarakat dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Semoga segala usaha dan amal bakti yang dicurahkan menjadi amal kebajikan dan dikira sebagai amal soleh disisiNya,” kata bekas Exco Kanan Perak itu dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang ditamatkan perkhidmatan mulai hari ini adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JKPTD), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).