Malaysia Dateline

Semua parti sah guna logo PH dalam PRN Melaka, kata Adly

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan penggunaan logo rasmi gabungan itu bagi semua parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November ini.

Adly dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini, meminta jentera parti mengutamakan logo dan slogan gabungan itu.

“Pimpinan PH Negeri Melaka dengan ini mengesahkan penggunaan logo PH untuk semua parti dalam PRN Melaka 2021.

“Slogan kempen ialah ‘Maju Bersama Harapan’.

“Semua jentera parti PH diminta mengutamakan logo dan slogan ini sepanjang PRN Melaka 2021,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Pimpinan Tertinggi PH telah memutuskan untuk menggunakan lambang rasmi PH sepanjang pilihan raya berlangsung.

Pengagihan kerusi juga dimaklumkan telah selesai dimuktamadkan.